SIFAT-SIFAT KEPIMPINAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W
Sebagai Pemimpin Agama :
- Mempunyai
empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah (
beri contoh untuk setiap sifat terpuji ).
- Menyampaikan
ajaran Islam kepada umat manusia
- Baginda
berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai seorang
pendakwah, nabi menunjukkan sifat – sifat sebenar iaitu lemah lembut,
toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama
aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang
Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.
- Baginda
melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba
menunjukkan kuasa – kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai
mukjizat oleh Allah SWT
- Baginda
telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan
masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin,
jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan al
Quran dan hadis.
- Dalam
amanita terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al
Quran dan hadis
Sebagai Pemimpin Politik :
- mengasaskan
perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah.
- Kepimpinan
baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya
menyelesaikan pertelingkahan antara ketua – ketua suku Arab Mekah yang
hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul
aswad dipenjuru Kaabah.
- Mendamaikan
pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui perjanjian
Aqabah satu dan dua
- Diktiraf
menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah
- Mengadakan
hubungan diplomatic contohnya menghantar perwakilan islam ke Habsyah dan
Mesir.
- Memperkenalkan
sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam semua bidang
secara kolektif.
Sebagai Pemimpin Tentera :
- menunjukkan
mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan
- menjadi
pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh
baginda
- akidah
, syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda
dalam bidang ketenteraan.
- Baginda
bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWt
- Mengamalkan
sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
- Sentiasa
adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan harta
rampasan perang secara adil kepada kawan – kawan yang menyertai peperangan
dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan
perang atau kaum – kaum yang lemah.
- Berjaya
merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada
pasukan tentera Islanm.
- Memperkenalkan
etika peperangan dalam Islam iaitu:
- Mematuhi
perintah Allah serta menuntut keredhaannya
- Memberi
pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang
- Tentera
Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah
mati.
- Tentera
Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.
- Tentera
Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
- Tentera
Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
- Tentera
Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
- Berhenti
berperang sekiranya musuh minta berdamai.
- Patuh
kepada ketua.
- Tidak
boleh lari dari medan peperangan.
- Dibolehkan
melakukan tipu muslihat dalam peperangan.
Sebagai Pemimpin Masyarakat :
- berjaya
menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
- Menyatukan
umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan
konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kea rah kebaikan.
- Berjaya
mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang terkandung dalam
Piagam Madinah.
- Persamaan
taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.
- Menaikkan
taraf wanita .
- Menghapuskan
batas – batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan
orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi ( diperingkat awal tetapi akhirnya
Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah ).
- Kebebasan
beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing
–masing.
- Ketua-ketua
suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah anggota suku
masing-masing contohnya Sa’d bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sa’d bin
Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti
kesalahan bani Quraizah, Sa’d bin Muadz untuk menetukan hukuman kerana
beliau lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah
Ketua Hakim :
- Menjalankan
kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.
- Menunjukkan
beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.
- Contoh
ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman
memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri
tersebut adalah Fatimah anak yang paling baginda sayangi.
Sebagai Perancang Ekonomi :
- Memperkenalkan
dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan
menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang
perniagaan dan pertanian.
- Berusaha
membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi
Kesimpulannya
Nabi
Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan
baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari
aspek politik, social, ekonomi dan pertahanan. Kepimpinan
nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang
lebih baik dan teratur.
No comments:
Post a Comment